Thursday, January 29, 2009

Normah Cake House Grand Opening !

Pictures taken during launching of Normah Cake House.
















Wednesday, January 28, 2009

New Proton MPV!!!!


Amacam??? Harga dalam 80k jer...





Thursday, January 22, 2009

Jihad kita..

Dipetik dari:
http://nurilahi. blogspot. com/


Aku tak pasti sama ada kamu alert atau tidak mengenai hal ini. Jadi aku terasa nak kongsi beberapa point di sini. Sebelum itu aku nak tanya kamu, biasa dengar kan perkataan jenayah? Jenayah mencuri? Merompak? Pernah dengar tak jenayah perang dan jenayah kemanusiaan?

Tengok gambar atas neh. Aku tak pasti sama ada perang ni dah jadi satu yang memang jenayah atau tidak lagi. Bukan ape, kalau jenayah, mesti dah lama semua yang mulakan perang tu masuk penjara. Betul? Kamu pernah dengar perkataan Palestine tak? Kamu ade pernah dengar tak kita ni kena pertahankan Palestine? Eh apasal kena sebuk-sebuk pasal negara orang kan?
Untuk yang belum biasa dan tak faham dengan phrase "pertahankan al aqsa", mari kongsi fakta dulu sebelum aku bagi point, kalau tak kang sia-sia je kamu baca point aku tanpa faham basic.
Meh sini duk rapat-rapat sikit dengan skrin monitor supaya kamu dapat baca sebab kenapa kita kena ambil tahu dan pertahankan Palestin serta Masjid Al-Aqsa. Tengok gambar dulu bagi faham.
Kubah kuning itu kubah as-sakhra dan kubah hijau dalam petak oren itu namanya masjid qibli. Kawasan petak hijau itu adalah tembok, semuanya adalah kawasan masjid al aqsa (haram al sharif). Aku saje bg 2 gambar yang sama, supaya nampak jelas.

ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??
-> Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?
-> Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat 1 . Kat situ ada sebut nama Masjidil Aqsa kan? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu? Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid ke3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, . Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?
-> Sebab seterusnya aku bagi dalam bentuk lagu, ok? Klik sini dengar lagu ni betul-betul. Cekgu kitorang dan Muadz terlibat ngan lagu ni :D aku meremang tiap kali dengar lagu nih, seram dowh
-> Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau ingat lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana, ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah. Hisy.
Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah. Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam Bukhari.
Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham..
Teman, aku kira kamu dah dapat basic. Kalau rasa sampai sini dah cukup banyak , sila datang semula untuk baca sambungannya. Aku nak mulakan point nih. Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin. Yang lama-lama tuh kau cari sendiri memandangkan skang kau dah ada basic nye. Faham?
1. situasi kini - serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula awal tahun hijrah & awl tahun masihi. Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop. Gila.
2. setakat yang aku tahu, 800 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?
3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
4. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel, dan ramai yang mati kerana itu.
5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.
6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.
7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin. Gila.
8. Jangan terpengaruh dengan media, jangan terpengaruh dengan kata-kata pemimpin US, Mesir dan Israel. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.
9. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?
10. Aku benci dengan OIC. Memang owh I seeee..yelah tengok je tanpa buat apa-apa yang drastik sebagai negara-negara Islam. Ape, takut kena serang dengan Israel jugak?? Teman, kalau kamu lupa sejarah tingkatan 5, meh aku ingatkan, penubuhan OIC adalah untuk Palestin, untuk Palestin. Tapi mananya, habuk pun takda!
11. Teman, pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini. Jenayah!!
Meh aku bagi kamu baca sikit petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu mereka datang ke Malaysia dulu. HAMAS ni adalah kira macam kerajaan yang memerintah Palestin. Walaupun Palestin langsung tak diiktiraf sebagai sebuah negara. Owh cuba check peta tengok.
"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."
Teman, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang mereka. Langsung..
"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami."
"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia.
Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???"
Teman, kalian dah sedar belum? Faham belum? Sepatutnya kita yang kena pergi berjuang sekali, tapi diorang dah jadi wakil untuk kita! Tolong tengok balik sebab-sebab yang aku tulis kat atas kenapa kita kena pertahankan Al-Aqsa.
"Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat."
Mereka nak pergi exam, tapi kita kat sini taknak belajar. Sia-siakan peluang yang diberi. Dimanjakan dengan kemewahan dan keamanan negara. Kamu tak bersyukur teman!!
"Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"
Dimana kamu teman...dimana negara-negara Islam..bukankah kita semua yang beragama Islam adalah bersaudara? Atau kamu lupa itu teman??
"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"
"Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."
"Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu."
Ke mana perginya OIC..kemana OIC..mana hilangnya objektif penubuhan OIC..mana..mana..
"Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."
"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami tabah di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."

Apa yang perlu kita buat???
Ada TIGA benda yang kita boleh buat.

1. DOA
Dah jadi fardhu 'ain untuk kita berdoa buat saudara kita di Palestin dan negara-negara Islam lain. Dalam solat tuh, masuk sket ruang doa buat mereka. Tolonglah..boleh kan? Skang ni jom sama-sama baca doa kat bawah ni.
"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"

2. WANG
Teman ku sayang, tak perlu berjuta pun. Tiket wayang boleh beli, takkan RM5 pun takleh bagi? RM10 kamu pun macam air je skarang neh. Tak payah jumpa sesapa nak bagi sumbangan, senang je, boleh bank in kan. Kalau lokek sangat, nak bagi RM1 pun takpelah, kumpul-kumpul dengan teman-teman kamu lepas tu bank in kan.

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

3. SOKONGAN
Part ni general sangat. Boleh bahagi banyak.
a) Hey kamu semua yang membaca entry ni dan yang ada blog. Kamu boleh menulis macam-macam kat blog kamu pasal tahun barulah, pergi makan lah dan apa segala. Takpe, tak salah pun, cuma aku rasa boleh kot sambil-sambil tuh kamu tulis pasal Palestin neh. Boleh kan? Tak susah kan? Tulis sikit je. Sebab aku tahu blog kamu ramai pembaca, komen berjela-jela.
Beruntunglah kamu jika kamu ramai pembaca dan kamu menulis mengenai Palestin! Sebarkanlah berita dan pengetahuan ini. Aku menulis di atas nih daripada basic, sebab aku rasa cam sia-sia kot aku menulis kalau yang membaca tatau hape lagi pasal Palestin. Sekurangnya faham idea, dan faham kenapa.
Boleh ye teman tulis pasal ni kat blog kamu? Tak lokek kan?
b) Bagi sokongan kalau ada yang sedang berkempen pasal Palestin.
c) Sambil-sambil sembang ngan member-member tuh, silalah bercakap sket pasal ni. Pandai-pandai kamulah nak cakap macam mana. Announce sekejap kat depan kelas pun okay sementara nak tunggu kelas mula. Announce kat ofis ke. Pandai-pandai la.
Teman, dah berjela aku menulis, kalian dah faham belum hal sebenar? Kalian dah sedar belum dari lena? Aku mengumpul kekuatan untuk menaip entry yang sebegini, sebab airmata aku takkan dapat aku tahan. Selama 4 tahun aku blogging, ini baru kali ke2 aku menulis isu Palestin. Sebab aku memang tak mampu nak menulis, tapi kena tulis jugak ah! Yang pertama ada di sini.
Aku sangat harap kerajaan Malaysia buat sesuatu. Dan aku tak rasa penyokong kuat Israel wajar di back up setelah dibaling kasut biarpun dia ketua kerajaan sekalipun. Malah dia deserved lebih dari tu lagi! Isu Palestin ni patut jadi bahan perbincnagan di Parlimen. Sekurang-kurangnya zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lantang suarakan hal ni. Waktu tu Malaysia banyak menyumbang, namun aku harap tindakan lebih drastik dilakukan memandangkan ade spesifik OIC tuh.
OIC dengan NAM harapnya jadi agresif ah, drastik. Ada kuasa kan, guna lah. Jangan buat tindakan sama macam kami rakyat yang takde kuasa nih. Kalau macam tu, sama je kalau takda pertubuhan pun. Aku kesal gila November lepas bila Parlimen Malaysia menolak untuk bincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin dengan alasan usul itu tak perlu disegerakan. Owh my...
Aku fikir, daripada korang duk kutuk-kutuk blog yang macam Adibah sume tuh, lebih baik kalau korang kutuk Israel laknatullah tuh. Lagi bermakna.
Usaha korang nak habiskan baca entry ni, aku kira jihad jugak ah. Alhamdulillah. Lepas ni bolehla ye mula dengan TIGA perkara tadi. Tolonglah ye, aku rayu gila-gila nih. Tolonglah Tolonglah..

Tuesday, January 6, 2009

AWAS! Topeng baru Skim Cepat Kaya!!


Oleh katok

"
Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.

Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah...bukan main lagik!

Bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah... dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata "Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..".

Sahabat... sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah "Nak buat macamana... ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena..." Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata "Nak buat macamana... aku pun kena tipu juga...". Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?

Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan 'perniagaan sah' yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.

Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:

Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah... kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi.

Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar RM500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, RM5000 dan u akan dapat post dated cheque RM9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla...

Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni....??! Hehehehe. Fikir balik!!


Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan "Syarikat pernah keluar surat khabar" bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.

1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)

2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.

3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, "Jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?"

4) Jika mereka kata "Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..". Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut.... kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut... malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut... dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah... yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah... sebangsa dengan kita... kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?

5) Jika ditanya berkenaan isu LEGAL, kebiasaannya mereka akan mengambil petikan dari akta AJL seperti;

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”

Tetapi bila ditanya company ni ada lesen AJL tak? Dia pun cakap "Ooo.. company kita actually tak termaktub bawah akta AJL sebab kita lebih kepada trading bla... bla.. bla..." Pulok doh!

6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang 'jalan keluar' mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan 'overpaid' kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama... tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut 'Sempat' untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?


Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya. Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah... yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. "Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr". Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; "Ini halal maa.. daging ayam!". Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.

Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan orang yang lebih arif seperti Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Di sini saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.

Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit...